Pasukan analisa data di INVOKE telah juga menyemak cadangan persempadanan semula yang dikemukakan oleh SPR. Selain dari kritikan yang telah sedia diketahui setakat ini, pola yang jelas ialah persempadanan ini akan mengurangkan kerusi-kerusi campuran dengan pemindahan pengundi bukan Melayu dari kawasan Parlimen campuran.

Senarai kedudukan peralihan pengundi yang melebihi 10% adalah seperti berikut:

PERTAMBAHAN >10% PENGUNDI
Kod Lama | Negeri | Nama Lama | Kod Baru | Nama Baru | Pengundi PRU14| Pengundi PRU13 | Jumlah Dipindahkan | % Pertambahan

PENGURANGAN >10% PENGUNDI
Kod Lama | Negeri | Nama Lama | Kod Baru | Nama Baru | Pengundi PRU14| Pengundi PRU13 | Jumlah Dipindahkan | % Pertambahan

Dari senarai 28 kerusi di atas, hanya 10 kerusi membabitkan kerusi yang ditandingi UMNO. Kerusi-kerusi lain sebanyak 18 kerusi adalah kerusi yang ditandingi parti komponen BN bukan Melayu iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Kesan-kesan Persempadanan
Oleh yang demikian, jelas bahawa kesan jangka panjang persempadanan semula seperti ini adalah menghapuskan kerusi-kerusi campuran di seluruh negara yang menyebabkan kerusi majoriti Melayu (>70% pengundi Melayu) naik mendadak.
Parti-parti komponen bukan Melayu BN akan hilang kerusi kerana kerusi campuran yang ditandingi mereka kini bertukar menjadi kerusi majoriti Melayu yang dituntut oleh UMNO. Dalam 2 pilihanraya sahaja mereka boleh menghapuskan terus kerusi-kerusi MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain dengan cara ini. Akhirnya UMNO akan bertanding 90% dari kerusi Parlimen.
Suara pengundi bukan Melayu dikurangkan apabila pengundi dilambakkan di dalam satu kawasan tetapi dengan jumlah yang banyak (contoh Damansara dengan pengundi sebanyak 150,439 berbanding Parit dengan pengundi 33,368).

Rang Undang-undang Memindahkan Kuasa Persempadanan ke Badan Bebas
Maka, saya akan mengemukakan satu rang undang-undang persendirian untuk meminda Bahagian VIII Perlembagaan Persekutuan , Perkara 113 mengenai perjalanan pilihanraya.
Pindaan tersebut akan mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula dari SPR dan dipindahkan kepada satu badan bebas yang ditubuhkan untuk melakukan persempadanan semula secara adil.
Saya akan membincangkan perkara ini dengan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan yang lain supaya rang undang-undang meminda perlembagaan ini akan dikemukakan secara bersama oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan.

Kempen #Sokong113A
Kami menyeru supaya rakyat Malaysia menyokong usaha usaha melalui kempen #SekatSPR. Kempen ini meliputi 3 aktiviti:

1. Kempen secara online yang akan dilancarkan akhir hari ini di invokemalaysia.org dan di laman FB @INVOKE Malaysia. Ia akan diiklankan di portal-portal berita utama.

2. Kempen kumpulan untuk mendapatkan sokongan dari, tokoh masyarakat, wakil-wakil rakyat, pimpinan tinggi perkhidmatan awam, persatuan, parti-parti politik dan Majlis Raja-raja.

Share This
%d bloggers like this: