fbpx

Countdown PRU-14 Bersama YB Rafizi Ramli

Mesej dari YB Rafizi Ramli 

Salam,

Saya shoot ni minggu lepas, tapi terlajak post hari ni.

Alhamdulillah, jumlah sukarelawan baru yang mendaftar setiap hari adalah antara purata 70 hingga 120 orang, bergantung kepada kandungan video #CountdownPRU14.

Dari segi itu, saya optimis @invokemalaysia akan cecah 40,000 orang sukarelawan yang diperlukan menjelang akhir Mac 2018, sekiranya parlimen dibubar ketika itu.

Video #CountdownPRU14 minggu #3 adalah mengenai bentuk-bentuk bantuan kempen yang sukarelawan boleh buat.

Orang akan tanya: baik, saya sudah daftar. Lepas tu nak buat apa? Pasang poster lambat lagi. Nak bagi duit saya pun tak cukup nak bayar GST? Apa guna daftar kalau saya tak boleh buat apa-apa?

Sebenarnya kempen paling penting ialah menjejaki pengundi atas pagar dan mengesahkan mereka memang pengundi atas pagar. Juga menilai kecenderongan mereka mengundi.

INVOKE telah memprofailkan 14 juta pengundi, termasuk Najib & Rosmah (ha3). Kami ada gambaran sama ada pengundi A cenderong undi PH, BN atau PAS, atau tidak keluar mengundi.

Dari situ kami ada senarai lengkap pengundi atas pagar dan juga isu-isu yang penting bagi pengundi ini.

Katakan pengundi A dari Pekan telah dikenal pasti atas pagar tetapi boleh dipujuk untuk undi PH.

Seorang sukarelawan yang membantu calon PH di Pekan boleh datang ke pejabat lapangan INVOKE atau calon-calon yang dibantu INVOKE. Kemudian sukarelawan itu diberikan satu telefon, satu skrip dan satu senarai pengundi atas pagar.

Anda akan menelefon pengundi atas pagar dengan skrip yang diberikan dan rekod jawapan. Jawapan itu akan dimuatnaik untuk kemaskini sistem profail pengundi yang INVOKE gunakan, jadi kami boleh ramal dengan lebih tepat kecenderongan pengundi setiap kawasan.

Lebih ramai yang buat kerja ini, lebih cepat kita pujuk pengundi atas pagar untuk undi kita.

PH hanya perlukan antara 1,000 ke 3,000 undi atas pagar untuk menang di 40+ kerusi Parlimen.

Bayangkan kalau seminggu ada 100 sukarelawan di setiap kerusi Parlimen yang menelefon, dan setiap seorang berjaya menelefon 10 orang sahaja yang dikenal pasti. Seminggu kita telah berhubung dan memujuk 1,000 pengundi atas pagar.

Kami benar-benar perlukan anda.

Tak de wang? Tak apa, kami tak minta sponsor.
Tak reti cakap? Tak apa, bukan semua perlu jadi Mat Sabu.
Telefon tak de top up? Tak apa, kami bagi phone yg memang ada top up pun.

Kalau ini pun masih belum mahu buat apa-apa dan sembang kencang setiap kali hari Rabu – ikut suka kamu la Labu, bayar la GST tu masak-masak.

Daftar sekarang, jadi sukarelawan INVOKE yang menelefon pengundi atas pagar. Jika anda telah pun mendaftar, sila kemaskini profil anda dan nantikan notifikasi kami

Klik volunteer.invokemalaysia.org.

Sebarkan.

YB Rafizi Ramli 
Sukarelawan #00001

Update di setiap Regional Office

“Fuh bestnya Phonebank ni! Boleh telefon pengundi, borak-borak. Memang seronok” – Sukarelawan anonymous.

Kami nak cerita sikit apa yang sedang berlaku kat INVOKE serata negara! Dalam dan di luar office-office kami. 

Jom jelajah melalui gambar-gambar yang dipilih khas oleh Team Volunteerism. 

Datin Tan Yee Kew, Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat sedang menerangkan cara-cara phonebank. Kalau siapa-siapa yang tak tahu, phonebank tu ialah menelefon pengundi atas pagar. Sukarelawan dapat berborak dengan pengundi selama 5-7 minit menggunakan skrip dan telefon bimbit yang diberikan. Satu jam berborak pun kira dah okay. 

Bergerak pula kita ke Sungai Besi, ibupejabat INVOKE di mana latihan PACA dilakukan selama 4 jam. Rugi beb kalau tak join. Boleh join di sini volunteer.invokemalaysia.org 

Pejabat kami di Terengganu lain sikit style, siap ada cubicle. Ini untuk memudahkan sukarelawan kita apabila menelefon pengundi. Panggilan taklah terganggu dengan suara sukarelawan lain! Tahniah team Terengganu, office yang memang practical.

Pelatih PACA kami sedang menerangkan peranan PACA di DUN Damak, Pahang. Tengok bersungguh betul pelatih kami mengajar. Terima kasih semua sukarelawan yang hadir! Kehadiran yang memuaskan. 

Bila pejabat kami beroperasi ni, ada sukarelawan yang datang secara ad-hoc untuk mencuba phonebank. Macam saudara Man ni, rilek je datang office kami di Perlis. Sambil menelefon tu, boleh berkenalan dengan coordinator kami. Nama dia Asrul. Selamat mencuba sesi phonebank! Harap boleh tinggalkan review di event page di volunteer.invokemalaysia.org

Selain dari menelefon pengundi, sukarelawan juga berpeluang untuk ke luar dan bertemu pengundi atas pagar sendiri! Tengok la coordinator kami, Aina di Kelantan sedang menerangkan kaedah canvassing kepada sukarelawan tempatan. 

Terima kasih semua yang hadir kepada aktiviti kami sepanjang minggu! Tidak kira anda di mana, anda mampu melakukan perubahan. 

Jika anda telah pun mendaftar menjadi sukarelawan, sila tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, culaan pintu ke pintu dan latihan PACA. Jangan lupa untuk update maklumat terkini anda supaya kami boleh padankan anda dengan aktiviti yang berdekatan. 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai membolehkan kami untuk merangka kerja-kerja kempen di kerusi-kerusi marginal sasaran INVOKE. Dalam beberapa bulan yang akan datang, INVOKE akan terus bekerja untuk mengenal pasti dan mendekati pengundi atas pagar di kerusi-kerusi tersebut melalui aktiviti-aktiviti seperti phonebank, kaji selidik dan culaan. 

Kami sentiasa mengharapkan sokongan orang ramai untuk membolehkan INVOKE Malaysia untuk terus membantu Pakatan Harapan memenangi pilihan raya yang akan datang. Klik link dibawah untuk sumbang kepada INVOKE.

 

Contribute to INVOKE!

Kalau anda menghadapi apa-apa masalah atau nak tanya sebarang soalan, sila telefon kami di 0192765200 ataupun emel kami di [email protected] 
 

Share This
%d bloggers like this: