fbpx

Countdown PRU14 Minggu ke-4

Salam Volunteers,

KITA BOLEH MENANG KE?

Soalan yang sama akan ditanya: boleh menang ke?

Jawapan saya bergantung kepada mood saya semasa ditanya.

Kalau saya tengah lapar (dan saya tidak boleh makan sangat supaya tidak terlebih boroi), jawapan saya:

“Laaaaaaa belum buat apa-apa dah tanya boleh menang ke tidak. Kalau semua usaha, sudah tentu boleh menang!”

Kalau saya tengah mood baik (selalunya lepas saya dapat idea baru, atau terjumpa skandal baru yang menarik), jawapan saya:

“Kita sekarang neck and neck dengan Najib. Sebab itu Najib perlukan masa untuk bina sokongan sebelum boleh panggil PRU14. Masa itu cukup penting untuk kita bina jentera dari kalangan rakyat.”

Kenapa sejak PRU 2008, walaupun nampak ada lonjakan sokongan yang mendadak kepada pembangkang semasa tempoh berkempen, keputusan (walaupun mengejutkan BN) masih belum mampu menumbangkan BN?

Ada beberapa sebab utama:

1) Penipuan pilihanraya – ini ada inisiatif khusus saya akan umumkan dalam masa terdekat

2) Sukarelawan dari kalangan rakyat hanya datang disaat akhir dan tidak dapat diserap dengan baik dalam jentera kempen, tenaga mereka tidak banyak mempengaruhi kempen

3) Kempen yang dijalankan pembangkang terlalu fokus kepada cara lama yang tertumpu kepada penyokong sendiri, terutamanya kempen ceramah (besar dan kecil). Pengundi yang perlu diberi perhatian adalah pengundi atas pagar

INVOKE ditubuhkan untuk membantu mengatasi masalah-masalah ini. Oleh kerana kelebihan utama PH adalah rakyat, maka tenaga rakyat perlu digemblengkan.

Sebab itu pasukan anak-anak muda teknologis yang ada di INVOKE telah menggabungkan kepakaran analitiks dan pembangunan aplikasi untuk membangunkan aplikasi kempen yang kami panggil RedBox (bukan karaoke ha3).

Melalui RedBox, seseorang yang ingin menyumbangkan masa dan tenaga untuk membantu kempen PH dapat menyertai kempen secara tersusun dan tenaganya benar-benar dimanfaatkan untuk kempen.

APA?
RedBox adalah sistem pengurusan kempen sukarelawan yang dibangunkan sendiri oleh INVOKE.

EYH APA DIA TU?
Aplikasi ini adalah seperti satu aplikasi email bercampur sedikit media sosial. Seorang sukarelawan yang mendaftar dengan INVOKE akan mendapat akaun sendiri yang boleh log masuk dengan password, sama seperti email atau media sosial.

MACAM MANA BOLEH BANTU LAK?
Bila log masuk ke akaun setelah mendaftar, sukarelawan boleh melihat di dashboard pelbagai aktiviti, maklumat dan berita mengenai kempen. Selain menonton INVOKEtv dan membaca berita yang saya hantar setiap minggu, sukarelawan boleh melihat senarai semua aktiviti kempen dalam lingkungan kawasan/lokaliti beliau dan memilih untuk menyertai.

AKTIVITI KEMPEN TU APA PLAK?
INVOKE hanya menumpukan kepada aktiviti kempen yang ada interaksi dengan pengundi atas pagar. Sistem pemprofail pengundi INVOKE telah mengenal pasti lebih sejuta pengundi atas pagar di seluruh Malaysia. Sukarelawan boleh memilih untuk menyertai aktiviti menelefon pengundi atas pagar ini (dipanggil phonebank), atau mengetuk pintu rumah mereka (dipanggil kanvas). Atau memilih untuk menjadi ejen mengira undi (PACA) dengan menghadiri latihan PACA untuk disijilkan oleh INVOKE.

MACAM MANA SAYA TAHU MASA SAYA TAK SIA2?
Sebab setiap jam yang disumbangkan sukarelawan akan direkodkan. Setiap pengundi atas pagar yang dihubungi akan direkodkan. Setiap bulan, INVOKE membuat kajiselidik tahap sokongan pengundi di kawasan marginal. Bila ada perubahan sokongan, kami tahu bahawa ia disebabkan (salah satunya) oleh kerja-kerja kempen yang sukarelawan laksanakan.

OK SAYA NAK JOIN. APA NAK BUAT?
Mudah saja. Daftar di bit.ly/JOMJOININVOKE hari ini. Sebarkan kepada kawan-kawan. Setelah daftar, pilih aktiviti yang pertama hari ini.

Jangan marahkan Najib atau ahli politik jika harga minyak terus naik, harga ikan terus mahal.

Marahkan diri anda kerana tiada sedikit rasa bersalah bila tidak berbuat apa-apa, sedangkan sejam masa anda seminggu boleh #BinaSemulaNegara!

Rafizi Ramli 
Sukarelawan INVOKE #00001

Jika anda telah pun mendaftar menjadi sukarelawan, sila tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, culaan pintu ke pintu dan latihan PACA. Jangan lupa untuk update maklumat terkini anda supaya kami boleh padankan anda dengan aktiviti yang berdekatan. Klik link di bawah untuk mulakan –

Volunteer INVOKE!

Sumbangan anda kepada INVOKE Malaysia telah membolehkan pasukan INVOKE untuk terus merekrut dan melatih para sukarelawan kami. Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membeli kredit tambah nilai (top-up) untuk aktiviti phonebank kami yang berlangsung pada setiap hari di INVOKE Space dan juga di seluruh pejabat cawangan INVOKE di seluruh Malaysia! (haha) Tidak kira sumbangan kecil ataupun besar, yang pasti ia akan dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. 

Klik link dibawah untuk sumbang kepada INVOKE:

Sumbang kepada INVOKE!
Cantikkan design baru kami? 

Sebelum anda tutup emel ini, boleh singgah ke kedai online kami di http://shop.invokemalaysia.org, boleh tengok design baju baru dan merchandise lain! 

Kalau ada apa-apa masalah atau soalan boleh hubungi kami terus di 0192765200 atau reply terus ke emel ini. 

Share This
%d bloggers like this: