Cerita Mingguan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sila ke bawah untuk Bahasa Inggeris.
This newsletter is written in English and Bahasa Malaysia. Scroll down for English.
 

HUKUMAN DI BAWAH AKTA BANK KERANA DEDAH SKANDAL NFC

Salam Volunteer,

Anda mungkin kenal saya. Nama saya Rafizi, umur 40 tahun. Seperti juga anda, saya ada anak, isteri dan mak ayah.

Sebentar tadi, pada hari ini, 7 Februari 2018, hakim Zamri Bakar telah mendapati saya bersalah dalam kes NFC.

Saya telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun setengah. Bila dicampur dengan satu lagi hukuman penjara iaitu 1 tahun setengah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), saya kini berdepan dengan 4 tahun penjara.

Saya dituduh mendedahkan maklumat bank keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan syarikat-syarikat milik mereka.

Saya ada 13 kes mahkamah yang sedang berjalan, tetapi kes NFC inilah yang memulakan segala-galanya.

NFC adalah skandal pertama yang saya dedahkan. Sekarang semua orang tahu mengenai lembu dan kondo, bila mana sebahagian besar dari RM250 juta dana awam yang sepatutnya sampai untuk penternak miskin, akhirnya digunakan untuk membeli kondominium mewah dan membiayai perniagaan lain.

Kes ini telah berlalu 6 tahun, sebahagian besar dari rakyat telah pun melupakannya. Begitulah sifat kita – kita mudah lupa.

Dalam setiap skandal penyelewengan, ada orang yang tidak akan lupa kerana mereka menanggung kesannya. Mereka menjadi mangsa bila masyarakat membiarkan rasuah berleluasa.

Ketidakadilan yang berlaku adalah nyata – saya tidak mengambil satu sen pun duit rakyat, tetapi saya dan kerana bank yang menghabiskan banyak masa di dalam kendang tertuduh.

Tidak ada seorang pun dari mereka yang terlibat dengan skandal NFC yang dihadapkan ke muka pengadilan. Yang kena dakwa adalah saya dan abang Johari, bukannya mereka.

Jutaan lagi rakyat Malaysia turut menanggung beban bila kegagalan NFC tidak dihukum. Harga daging lembu semakin mahal dan kebelakangan ini banyak keluarga tidak mampu pun untuk menikmati daging lembu.

Dana awam RM250 juta sebahagian besarnya hilang begitu saja.

Saya telah jalankan amanah saya. Saya tidak menyesal sedikit pun.

Saya pasrah dan apa pun hukuman yang telah dan akan dijatuhkan ke atas saya, saya dan keluarga saya akan redha dan menerimanya dengan baik. Kami tenang kerana kami tahu kami telah menjalankan amanah kami.

Jika anda ada sedikit rasa marah dan kecewa kerana ketidakadilan ini berlaku, maksudnya anda peduli. Anda benci dengan ketidakadilan yang berlaku di sekeliling anda.

Janganlah biarkan rasa marah dan kecewa itu padam secepat ia datang.

Perubahan bermula dengan kita.

Saya tidak perlukan simpati dari sesiapa, ini pilihan yang saya buat.

Cuma saya nasihatkan anda turut memilih untuk bertindak, kerana apabila kita sama-sama peduli dan bertindak, kita boleh mengubah keadaan masyarakat.

Saya perlukan anda menjadi sukarelawan. Saya perlukan sumbangan anda membantu biayaramai (crowdfunding) supaya lebih ramai boleh bertindak bila ketidakadilan berlaku.

Saya dahulu bermula begitu. Saya tidak boleh menafikan naluri bahawa skandal NFC itu satu penyelewengan dan ketidakadilan yang nyata.

Saya rakam video ini kelmarin, kerana saya tahu Kamar Peguam Negara menuntut hukuman denda yang tinggi dan hukuman penjara.

Sebentar tadi, Timbalan Pendakwaraya Lailawati Ali memohon mahkamah mengenakan denda RM500,000 dan hukuman penjara. Kalau itu dipersetujui hakim, saya akan terus ke penjara kerana saya tidak ada wang sebanyak itu untuk menbayar denda.

Alhamdulillah, hakim Zamri Bakar menolak permohonan Timbalan Pendakwaraya itu dan hanya mengenakan hukuman penjara 2 tahun setengah, yang kini menunggu rayuan.

Saya akan berjumpa anda tidak lama lagi kerana saya akan berusaha keras untuk menumbangkan pentadbiran Dato’ Seri Najib.

Sementara itu, mari kita berganding bahu untuk menghentikan semua ketidakadilan ini.

Bertindaklah sekarang:

Anda boleh menyumbang secara online di bit.ly/contributeNOW

atau

Anda boleh menyumbang terus ke akaun Maybank INVOKE:

INVOKE Solutions Sdn Bhd
5622 0964 0698

atau

Jika anda mahu menyumbang dari luar negara, boleh menghantar sumbangan menggunakan kod bank

MBBEMYKL 62209

atau

Anda boleh membeli bahan kempen, buku, pelbagai t-shirt, topi dan payung di https://shop.invokemalaysia.org/

Paling penting, anda perlu menjadi sukarelawan untuk membantu menumpaskan Dato’ Seri Najib dalam pilihanraya akan datang.

Daftar sekarang di bit.ly/JOMJOININVOKE

Versi English/English Version

VERDICT OF NFC CASE UNDER BANKING ACT (BAFIA)

Salam Volunteer,

You might recognise me. I am Rafizi Ramli, age 40, Just like you, I am a father, a husband and a son.

This morning (7th February 2018), judge Zamri Bakar delivered a guilty verdict in the long running BAFIA trial.

I was sentenced to 2.5 years prison sentence. Together with 1.5 years prison sentence in OSA case, I am now looking at 4 years in prison.

I was accused of accused of disclosing confidential banking information of Dato’ Seri Shahrizat Jalil’s family members and a few companies owned by them.

I have 13 court cases currently running, but this is the first case that started it all.

It was also the first public scandal that I exposed: the infamous cow and condos story, which we all know by now. Much of the RM250 million public money meant for poor farmers were eventually used to buy expensive condominiums and finance
other businesses.

It’s been 6 years and most of you would have forgotten it. Such is life – we move on.

But in every corruption scandal, some people can’t move on. Some people are stuck with the aftermath. They paid a heavy price when corruption was allowed to go on.

The contrast is for everyone to see – I didn’t take a single sen from the public, but it was me and a bank clerk who had to spend many hours in the dock.

None of the people involved in the scandal was ever prosecuted. In fact, Johari (the bank clerk) and I are the only ones ever prosecuted.

Worse, millions of Malaysians pay the price for the failure of NFC that went unpunished. The price of beef remains high and lately has become unaffordable for many Malaysian households.

The RM250 million was never fully recovered.

I have done my part. I don’t regret it a second. Life goes on, whatever is the outcome my family and I will make the best out of it. We are at peace because we have done our duty.

If you feel even a tinge of anger and disappointment that this has happened, it means you care. It means you hate what is happening. It means you can feel the injustice around you.

Do not let the feeling lives only momentarily in you.

Change around you begins with you.

I don’t need anyone’s pity, I made the choice myself. I need you to act on your feeling, so that we can change things together.

We need you to become volunteers. We need you to contribute to crowdfunding so that we can get more Malaysians to act on their conscience.

Just like I did when I decided to go after the NFC scandal. I acted on my conscience.

I prepared this video yesterday anticipating the worse, because I know Attorney General’s Chamber would ask for a hefty fine and prison sentence.

This morning, AGC had asked for a RM500,000 fine and a prison sentence. Luckily, the judge passed only a prison sentence because otherwise, I wouldn’t have the money to pay and would have to be take to prison straight away.

So the fight must go on and I will see you soon.

In the meantime, let’s work together to put an end to this, once and for all.

Act on your conscience now:

You can contribute to pay the fine. Make online contribution now at bit.ly/contributeNOW

or

You can contribute directly to INVOKE’s Maybank account:

INVOKE Solutions Sdn Bhd
5622 0964 0698

or

If you want to contribute from overseas, please wire directly using the banking code:

MBBEMYKL 62209

or

You can buy our books, merchandise (t-shirts, caps, umbrellas etc) and counting agents (PACA) books online by clicking
https://shop.invokemalaysia.org/

Most importantly, please register today to become a volunteer to help defeat Dato’ Seri Najib in the next general election.

Register now at bit.ly/JOMJOININVOKE

Kalau anda telah daftar sebagai sukarelawan, boleh tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, canvassing atau sertai latihan PACA. Jangan lupa pula untuk update maklumat anda supaya kami dapat padankan anda dengan aktiviti terdekat anda. Mulakan sekarang! 

If you have registered as a volunteer, please press the button below to start doing phonebank, canvassing, and join in PACA trainings. Don’t forget to update us of your latest information so we can match you to the nearest activity. Click the button below! 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan anda kepada INVOKE akan membantu pasukan kami untuk merekrut dan melatih sukarelawan. Dana yang dikutip membantu kami untuk membeli prepaid top-up bagi aktiviti phonebank yang seterusnya haha. Tidak kisah lah sumbangan anda kecil atau besar, ia akan membantu kami untuk  berkempen ke arah Malaysia yang baru. Tekan butang di bawah!

Your contribution to INVOKE will help enable our teams to recruit and train volunteers. Funds that are collected will buy us prepaid top-ups for the phonebank activity that happens at INVOKESpace and also all other regional offices! (haha) No matter what your contribution is small or large, it will direct Malaysia to a bettter future. Click the button below! 

Sumbang kepada INVOKE!

Kalau ada apa-apa masalah, boleh telefon kami di talian 0192765200 atau emel kami di [email protected].

And if you have any problems/questions, please contact us at 0192765200 or email us at [email protected]

Share This
%d bloggers like this: