The time is now<!–

Cerita Mingguan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sila ke bawah untuk Bahasa Inggeris.
This newsletter is written in English and Bahasa Malaysia. Scroll down for English.
 

Salam Volunteer,

Assalamualaikum & salam sejahtera

Anda sudah tentu tahu bahawa Najib telah pun membubarkan Parlimen. Sebulan lagi, rakyat Malaysia akan menentukan masa depan negara dalam pilihanraya yang paling penting dalam sejarah.

Kami di INVOKE telah bertungkus lumus sejak 2 tahun lalu membuat persiapan menghadapi hari besar ini. Kadang-kadang saya pun rasa gementar untuk berhadapan dengan dana yang Najib ada, tetapi saya juga tahu inilah persediaan terbaik yang pernah dibuat pakatan pembangkang setakat ini.

Dua tahun lalu, walaupun ramai yang ragu-ragu sama ada Pakatan Harapan boleh menang dalam pertandingan 3 penjuru, anda tetap memberi sumbangan dana dan tenaga semasa saya memulakan INVOKE.

Pandangan saya ketika itu yang percaya PH akan menang dalam pertandingan 3 penjuru dilihat janggal. Namun, saya percaya persaingan politik tidak ditentukan oleh penyokong tegar kita. Pengundi atas pagar adalah kunci kemenangan sesuatu pilihanraya. Analisa saya ketika itu menunjukkan PH boleh menang PRU14 walaupun dalam pertandingan 3 penjuru, sekiranya PH berjaya mendapat sekurang-kurangnya 30% undi Melayu dan mengekalkan sokongan majoriti di kalangan Pengundi bukan Melayu.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi peluang untuk saya buktikan pandangan saya itu bukan sembang kosong. Hari ini, rata-rata berpendapat PRU14 adalah pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah, termasuklah penganalisa politik yang memperlekehkan teori 3-penjuru saya dua tahun lalu.

Saya menghabiskan sebahagian besar masa saya sejak 2 tahun lalu menjelajah dan berkempen di 43 kerusi parlimen marginal yang dibantu INVOKE. Kami telah berceramah selama kira-kira 900 jam di kerusi-kerusi ini dan rakamannya mencecah 11 juta tontonan di Facebook sejak 12 bulan lalu.

Saya dapat rasakan rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan. Sekiranya BN menang lagi, faktor utama kemenangan itu ialah penipuan pilihanraya kerana calon-calon PH gagal menyediakan ejen kira undi yang mencukupi untuk mengawal peti-peti undi.

Semua ini dicapai kerana kempen yang dijalankan INVOKE adalah bersistem, dengan dokongan 25,000 sukarelawan dan 150 orang pekerja sepenuh masa dan sambilan, yang mengendalikan kempen calon-calon PH dari 17 pejabat lapangan di seluruh negara. INVOKE juga menyiarkan buletin berita harian yang disiarkan melalui internet 3 kali sehari. Bagi setiap serangan politik yang dilontarkan Najib melalui TV3, kami berupaya memulangkan 3 serangan balas melalui rangkaian siaran digital yang dikendalikan INVOKE.

Kita tidak pernah berada sebegini dekat dengan satu-satunya matlamat yang menyatukan kita semua: harapan untuk membina semula negara, bagi setiap rakyat Malaysia.

Malaysia yang menjulang bakat setiap anak mudanya, tidak kira latar belakang agama atau kaum. Malaysia yang pengasih lagi mengasihani setiap keluarga miskin, tidak kira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Kita kini berada di 30 hari kempen yang terakhir.

Walaupun Najib percaya cash is king, kita mampu melawan sumber kewangan Najib itu jika kita ada hanya 0.001% dari wang yang Najib akan belanjakan dalam pilihanraya ini.

INVOKE membantu kempen 103 orang calon PH di 43 kerusi marginal parlimen dan 60 kerusi marginal DUN. Kami banyak menggunakan kempen secara digital melalui media sosial dan internet, maka kos pengiklanan dijangka meningkat 4 kali ganda dalam tempoh sebulan ini. INVOKE juga perlu mencetak bahan-bahan kempen untuk 103 orang calon-calon ini.

INVOKE akan membeli kamera rahsia yang akan digunakan oleh sukarelawan-sukarelawan kami yang akan ditempatkan di semua kerusi-kerusi marginal ini untuk menghalang penipuan pilihanraya.

Paling penting, INVOKE bertanggungjawab menyediakan 20,000 ejen kira undi di seluruh negara yang akan menjadi benteng terakhir rakyat. INVOKE akan menyediakan kit PACA seperti pensil, lampu suluh, buku panduan dan lain-lain untuk 20,000 ejen kira undi ini, yang akan melibatkan sejumlah wang yang besar.

INVOKE beroperasi sejak 2 tahun lalu dengan jayanya kerana rakyat Malaysia seperti anda percaya berusaha kea rah perubahan itu adalah sesuatu yang berbaloi. Kami ada di sini kerana rakyat Malaysia membiayai kami sejak 2 tahun lalu.

Kita punya tanggungjawab untuk mencapai harapan ini: beri sumbangan hari ini kerana perubahan akan berlaku dengan sedikit sahaja bantuan anda. Perubahan tidak berlaku kerana kita menunggu ia datang, perubahan berlaku kerana kita bertindak atas kesedaran naluri kita.

Beri sumbangan hari ini untuk membiayai kempen PH di 43 kerusi parlimen marginal:

Anda boleh membuat sumbangan secara online di bit.ly/INVOKEGE14
Untuk menyumbang melalui kad kredit atau dari luar negara, klik bit.ly/INVOKEGE14

Anda juga boleh menyumbang terus ke akaun Maybank INVOKE:

INVOKE Solutions Sdn Bhd
5622 0964 0698

Atau anda boleh membeli buku, barang-barang kempen seperti baju, topi, payung; atau membeli buku PACA secara online di https://shop.invokemalaysia.org/

Paling penting, daftar sekarang sebagai sukarelawan INVOKE dan bantu kami dengan menjadi ejen kira undi di seluruh negara. Calon-calon PH memerlukan 20,000 ejen kira undi, setakat ini rekod INVOKE menunjukkan baru ada 5,000 orang ejen kira undi yang telah dilantik.

Daftar sebagai sukarelawan di bit.ly/JOMJOININVOKE

Bersama-sama kita tewaskan Najib untuk membina semula negara.

Saya berdoa Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk kita melalui 30 hari yang penting ini, supaya kita boleh mengenangnya kembali dengan penuh rasa syukur satu hari nanti. Bertahun-tahun dari sekarang, anak-anak kita akan mengingati hari-hari ini sebagai sejarah terbaik negara kita.

Allah berkati Malaysia dan setiap rakyatnya.

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

<!–


–>

Versi Bahasa Inggeris/English Version

Salam Volunteer,

Assalamualaikum & salam sejahtera

You might have heard that Najib had just dissolved Parliament. Malaysians will go to the most important poll within a month.

Here at INVOKE, we had spent the last 2 years preparing for this. I admit I do get cold feet sometimes, after all we are about to face Najib’s gigantic resources, yet I take comfort that this is the best preparation the opposition had had in so many years.

Two years ago, you gave me the benefit of the doubt when I asked for your contribution and time; even though the conventional wisdom then was PH could lose miserably in 3-corner fights nationwide.

I held a different opinion then. I believe politics is not about the converted, it is about those fence-sitters who are persuadable. I knew that PH could win this general election despite the 3-corner fights, if we can achieve at least 30% Malay support and retain the non-Malay support.

I thank all of you who gave me the benefit of the doubt. Today, even those analysts who wrote us off in 2016, agree with the assessment that this is going to be the toughest election that BN has ever contested.

I spent the last 2 years travelling around the country campaigning in 43 marginal constituencies that INVOKE had adopted. In total, we had clocked around 900 hours of ceramah in these constituencies, cumulatively watched by over 11 million views on Facebook in the last 12 months.

I could sense that the Malaysian public is ready for change. If BN wins this election, it is due to electoral fraud and lack of polling & counting agents on our part.

We could do all this because we are backed by 25,000 volunteers and 150 full-time & part-time staff, stationed in 17 field offices around the country. We run our own news bulletin – broadcast over the internet 3 times a day. For every attack Najib can mount through TV3, we can return 3 attacks through our digital broadcast.

We have never been this close to achieving one aim that unites all us: the desire to rebuild our nation, for every single one of Malaysians. A Malaysia which grooms the talent of our youth, irrespective of their race and religion. A compassionate Malaysia which helps every poor family, whether they are from Semenanjung or Sabah or Sarawak.

We are into the last 30 days of campaigning.

We can level the playing field against Najib’s immense resources if we have just 0.001% of the money Najib is going to spend in this election.

INVOKE looks after the campaign of 103 candidates in marginal seats – 43 parliamentary and 60 DUN seats. We rely heavily on digital campaigning and advertisement cost will quadruple in this one month. We need to print campaign materials for these 103 candidates.

We are buying pin-hole cameras to be used by our volunteers stationed all over these marginal seats to deter attempts to cheat.

Most importantly, we need to prepare 20,000 polling & counting agents around the country to become our last defence. INVOKE has undertaken to prepare the PACA kits for these 20,000 agents, which require a considerable sum of money.

INVOKE survives for the last 2 years because Malaysians like you believe that it is worth trying. We survive because you had funded us all along.

Let’s finish what we set out to do: contribute today because change is imminent with your help. Change does not happen because you wish for it, change takes place when you act on your conscience.

Contribute today to fund our campaign in the 43 marginal seats:

Make online contribution now at bit.ly/INVOKEGE14

You can contribute directly to INVOKE’s Maybank account:

INVOKE Solutions Sdn Bhd
5622 0964 0698

or

If you want to contribute through credit card or from overseas, please click bit.ly/INVOKEGE14

or

You can buy our books, merchandise (t-shirts, caps, umbrellas etc) and counting agents (PACA) books online by clicking https://shop.invokemalaysia.org/

Most importantly, please register today to become a volunteer and a polling & counting agent. We need 20,000 polling & counting agents all over the country – we only have 5,000 so far.

Register now at bit.ly/JOMJOININVOKE

Together, we can defeat Najib and rebuild Malaysia.

I pray that God gives us the strength and resolve to go through these 30 days, so that we may look back with pride. Years from now, our children will celebrate these days as our finest moments.

God bless Malaysia and all of you.

Rafizi Ramli
Volunteer INVOKE #00001

Volunteer INVOKE!

<!–


–>

Sumbangan anda kepada INVOKE akan membantu pasukan kami untuk merekrut dan melatih sukarelawan. Dana yang dikutip membantu kami untuk membeli prepaid top-up bagi aktiviti phonebank yang seterusnya haha. Tidak kisah lah sumbangan anda kecil atau besar, ia akan membantu kami untuk  berkempen ke arah Malaysia yang baru. Tekan butang di bawah!

Your contribution to INVOKE will help enable our teams to recruit and train volunteers. Funds that are collected will buy us prepaid top-ups for the phonebank activity that happens at INVOKESpace and also all other regional offices! (haha) No matter what your contribution is small or large, it will direct Malaysia to a bettter future. Click the button below! 

Sumbang kepada INVOKE!

<!–


–>

Kalau ada apa-apa masalah, boleh telefon kami di talian 0192765200 atau emel kami di [email protected].

And if you have any problems/questions, please contact us at 0192765200 or email us at [email protected]

Share This
%d bloggers like this: