AIR KEDAH: JANGAN JANJI KOSONG, MB GAGAL KEMUKA PELAN ALTERNATIF
 
Kerajaan Kedah boleh disifatkan sebagai gagal untuk menyelesaikan krisis masalah air yang membelenggu negeri itu selama pemerintahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kerana sebelum ini dilaporkan ribuan aduan dan panggilan telefon diterima dalam satu masa.
1. Walaupun awal bulan lalu, MB Kedah telah mengumumkan bahawa loji rawatan air Syarikat Air Darul Aman (Sada) di Jabi, dijangka siap pada November nanti namun bagi saya itu tidak memadai selagi tidak ada jaminan bertulis dan lisan di Dewan Undangan Negeri bagi meyakinkan rakyat. 
Rakyat Kedah sudah bosan dengan isu ketiadaan air yang membelenggu mereka selama ini dan apa yang lebih membimbangkan mereka adalah projek loji yang dijanjikan kerajaan negeri itu akan menjadi 'gajah putih' seperti kes loji insinerator di Langkawi yang bernilai hampir RM70 juta gagal.
Rakyat juga mahu penjelasan berapa banyak telaga tiub yang telah dihasilkan oleh kerajaan Negeri sejak Julai 2016.
2. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Untuk sementara waktu, seharusnya kerajaan negeri perlu menyediakan langkah alternatif bagi jangka masa pendek sementara menunggu loji air tersebut siap. 
3. Bagi jangka masa panjang pula, kerajaan bersama Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan  KETTHA (Kementeria Teknologi Hijau dan Air) perlu ada kertas projek pembangunan air negeri Kedah bagi merangka pelan pembangunan air untuk 10 tahun akan datang. Dokumen tersebut perlu dipaparkan kepada umum. 
Malah, jawatankuasa khas juga perlu diwujudkan untuk mendengar pandangan NGO, orang ramai serta pakar-pakar isu air dari universiti tempatan bagi menyelesaikan masalah ini. 
4. Rakyat menaruh harapan yang tinggi agar masalah yang dihadapi mereka dan menggesa agar kerajaan Kedah memperuntukkan lebih banyak bajet bagi pembangunan air ini sekiranya mereka menjaga kepentingan rakyat.
YB Dato' Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani
Parti KEADILAN Rakyat (PKR)
Share This
%d bloggers like this: