Salam Volunteers
 

#BattleFormation

Saya telah arahkan supaya semua program yang melibatkan saya berceramah di luar dikurangkan serta merta. Bagi yang menunggu jadual terkini saya ke tempat saudara-saudari, saya tangguhkan dahulu sehingga akhir Oktober untuk menunggu sama ada Najib Razak berani bubarkan Parlimen atau tidak.

Di INVOKE Malaysia, kami sudah mulakan persediaan fasa terakhir untuk PRU14. Kelemahan utama pembangkang sejak zaman tok kadok ialah jentera kempen yang tidak bersistem. Ada yang akan berteriak jentera mereka ramai, tetapi jentera yang ramai kalau tidak terlatih dan tidak bersistem akan tetap dikalahkan.

Saya terlibat secara langsung menyusun strategi dan menyiapkan jentera Pakatan Rakyat/PKR sejak 2010 lagi. Dengan pengalaman saya sebagai auditor dan pengurusan di syarikat swasta dahulu, ia memberi ruang kepada saya menggabungkan pengalaman sebagai ahli politik dan seorang professional.

Sebab itu saya nekad usahakan INVOKE untuk membantu melengkapkan jentera kempen Pakatan Harapan kali ini.

Oleh kerana sebahagian besar tenaga di INVOKE adalah anak muda (sekitar pertengahan 20an), mesyuarat tidaklah serius seperti yang berjalan di peringkat parti politik. Perlambangan yang kami gunakan pun berlainan.

Mungkin Yoda, Baymax, Iron Man, X-Men dan Batman lebih mudah difahami oleh anak muda dari watak-watak politik yang ada (sebenarnya saya yang lebih berimaginasi, yang muda nampak macam tidak begitu gemar war games ni ha3).

PRU14 benar-benar sudah dekat.

Saya telah pilih peranan saya. Anak-anak muda di INVOKE telah pilih peranan mereka. Ada yang jadi Yoda, ada jadi Baymax, ada yang ibarat jet pejuang, ada yang seperti Prof X dalam X-Men.

Bagi anda yang belum pilih peranan anda, jangan berlengah lagi.

Sekurang-kurangnya daftarlah sebagai ejen kira undi (PACA) dan sertai latihan mensijilkan anda yang diadakan INVOKE setiap minggu di seluruh negara.

Sertai #BattleFormation kami, jadi sukarelawan INVOKE dengan mendaftar di bit.ly/JomJoinINVOKE

Sebarkan maklumat ini kepada seramai mungkin kawan-kawan anda.

Saya juga telah keluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara ini:

—————————————————

9 Oktober 2017

PERSEDIAAN PRU14: 
SEMUA AKTIVITI CERAMAH KENDALIAN INVOKE DIGANTUNG SEHINGGA AWAL NOVEMBER

Memandangkan ada kemungkinan Parlimen boleh dibubarkan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 27 Oktober 2017, saya telah mengarahkan semua kempen yang melibatkan ceramah dan trak #BinaSemulaNegara digantung sehingga awal November.

Sejak minggu terakhir Jun 2017, saya dan rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan setempat telah memberi tumpuan mengadakan sesi penerangan kepada pengundi tempatan di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara. Berbeza dengan ceramah perdana yang biasa dianjurkan Pakatan Harapan, sesi penerangan begini dianjurkan dengan lebih cepat kerana menggunakan pentas lori yang lengkap dengan segala kemudahan siaraya (PA).

Lokasi yang dipilih selalunya adalah tempat-tempat awam yang membolehkan pengundi atas pagar mendengar sesi penerangan tanpa perlu datang menyertai orang ramai yang berkerumun di sekitar lokasi lori.

Setakat 30 September 2017, sesi penerangan begini telah diadakan di 40 kerusi parlimen marginal di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mengambil kira PRU14 boleh diadakan dalam bulan November, saya berpendapat sumber yang ada pada INVOKE difokuskan kepada perancangan menyusun dan menggembleng tenaga di antara rakyat biasa (yang mendaftar dan menyertai INVOKE sebagai sukarelawan), calon-calon yang sudah dikenal pasti oleh parti-parti PH dan jentera parti di kerusi-kerusi terbabit.

Secara umumnya, INVOKE memberi tumpuan kepada kempen lapangan iaitu menghubungi pengundi-pengundi atas pagar yang telah dikenal pasti menggunakan kaedah analytics yang dibangunkan INVOKE kerana pengundi begini tidak hadir ke acara-acara politik. Kempen berbentuk acara dan penerangan (ceramah dan lain-lain) kekal diusahakan oleh parti masing-masing.

INVOKE kini beroperasi dari ibu pejabat di Sungai Besi dengan 70 orang kakitangan dan 15 pejabat lapangan di seluruh Semenanjung Malaysia (dengan kehadiran di setiap negeri). 15 Regional Field Coordinator (RFC, atau Pengurus Lapangan) sepenuh masa ditempatkan di setiap pejabat lapangan. Setiap RFC bertanggungjawab menguruskan kempen lapangan di 5 hingga 7 kerusi Parlimen/DUN di bawah jagaannya mengikut kaedah kempen yang dibangunkan INVOKE.

Dalam fasa terakhir kempen PRU14 bagi kerusi-kerusi marginal yang dibantu INVOKE, seorang Sub-Field Coordinator (SFC, atau Petugas Lapangan) yang diberi elaun bulanan akan dilantik untuk menguruskan kerja-kerja kempen lapangan di setiap kerusi Parlimen/DUN (dengan menggembleng tenaga sukarelawan dari kalangan rakyat biasa, calon yang bertanding dan jentera PH di kerusi tersebut).

Tumpuan kempen lapangan INVOKE di fasa terakhir ini adalah 3 aktiviti:

i. Memujuk pengundi atas pagar yang telah diprofail dan dikenal pasti dengan berkempen bersemuka dari rumah ke rumah (dipanggil kanvas atau CV)

ii. Memujuk pengundi atas pagar yang telah diprofail dan dikenal pasti dengan menelefon mereka (dipanggil phone bank atau PB)

iii. Melatih dan mensijilkan ejen tempat undi dan kira undi (PACA) yang mencukupi

Oleh itu, saya akan mengurangkan masa menjelajah ke kerusi-kerusi Parlimen di seluruh negara dalam bulan Oktober ini sebagai persediaan menyusun sebaik mungkin persediaan pilihanraya untuk berkempen dengan pengundi atas pagar yang ditumpukan oleh INVOKE.

Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan dan PRU14 tidak dipanggil dalam bulan November 2017, siri penerangan ke kerusi-kerusi marginal dengan lori #BinaSemulaNegara akan diteruskan seperti biasa.

Bagi orang ramai yang mahu menyertai kempen PRU14 membantu calon-calon PH, anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan di bit.ly/JomJoinINVOKE. Dan jika anda telah pun mendaftar, terus ke www.volunteer.invokemalaysia.org, sign in dan terus untuk mulakan aktiviti!

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

————————————–

Kami perlukan lebih ramai lagi sukarelawan untuk turun buat phonebank (telefon pengundi atas pagar), canvassing (culaan pintu ke pintu) atau buat latihan PACA (polling agent dan counting agent). Kami telah pun rekrut seramai 12,000 sukarelawan tapi sayangnya kurang dari 20% berjaya diaktifkan.

Terus klik link dibawah untuk mulakan aktiviti pertama anda! 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai membolehkan kami untuk merangka kerja-kerja kempen di kerusi-kerusi marginal sasaran INVOKE. Dalam beberapa bulan yang akan datang, INVOKE akan terus bekerja untuk mengenal pasti dan mendekati pengundi atas pagar di kerusi-kerusi tersebut melalui aktiviti-aktiviti seperti phonebank, kaji selidik dan culaan. 

Kami sentiasa mengharapkan sokongan orang ramai untuk membolehkan INVOKE Malaysia untuk terus membantu Pakatan Harapan memenangi pilihan raya yang akan datang. Klik link dibawah untuk sumbang kepada INVOKE:

Sumbang kepada INVOKE!

Terima kasih! Perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha kita. 

Share This
%d bloggers like this: