Cerita Mr. Lim dan mangkuk tingkatnya

Salam Volunteers,
 

Semasa saya mula-mula mahu menubuhkan sebuah organisasi yang menggembleng tenaga rakyat biasa untuk menjayakan #ProjekBuangNajib, ramai yang tidak yakin.

Mereka rasa rakyat Malaysia hanya tahu bising dan meluahkan kemarahan di media sosial, tetapi tidak mahu mengorbankan sedikit pun masa mereka untuk membantu.

Ada juga sahabat yang merasakan golongan pertengahan dari bandar (urban middle class) adalah yang paling bising menyalahkan semua pihak tetapi tidak mahu keluar dari zon selesa (“comfort zone”) mereka.

Saya rasa pandangan begitu ada benarnya.

Tetapi ramai juga yang membuktikan rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menukar kerajaan untuk #BinaSemulaNegara

Contoh yang paling baik ialah Encik Lim. Setiap hari selepas waktu kerja beliau dan isteri akan datang dengan membawa mangkuk tingkat untuk menjalankan kerja kempen sukarela menelefon pengundi atas pagar di kawasan-kawasan parlimen dan DUN marginal yang dikenal pasti.

INVOKE Malaysia telah mengenal pasti pengundi-pengundi yang akan beralih undi kepada PH di kawasan-kawasan strategik ini.

Tugas seorang sukarelawan ialah menelefon pengundi-pengundi ini menggunakan skrip yang telah disediakan.

En Lim telah menelefon hampir seribu orang pengundi atas pagar seperti ini di beberapa Parlimen dan DUN yang kami tumpukan.

Beliau akan berhenti makan dengan bekalan yang disediakan isteri yang dibawa dengan mangkuk tingkat itu.

Beliau tahu beliau tidak perlu jadi ahli politik untuk mengubah negara. Beliau tahu membenci rasuah dan penyelewengan tetapi tidak diikuti dengan sedikit usaha tidak membantu sesiapa, malah akan mengekalkan Dato’ Seri Najib.

Jadilah seperti Mr Lim dan isteri – sertai INVOKE dan jadi sukarelawan kempen secara senyap yang menelefon beribu pengundi atas pagar yang telah dikenalpasti di seluruh negara.

Kerja kempen seperti ini berlaku setiap minggu di berpuluh-puluh pejabat lapangan INVOKE dan markas kempen PH di seluruh negara.

Daftar sekarang di bit.ly/JOMJOININVOKE untuk sama-sama membantu seperti Mr Lim dan isteri.

Rafizi Ramli
30 Oktober 2017

Jika anda telah pun mendaftar menjadi sukarelawan, sila tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, culaan pintu ke pintu dan latihan PACA. Jangan lupa untuk update maklumat terkini anda supaya kami boleh padankan anda dengan aktiviti yang berdekatan. 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan yang kami terima daripada orang ramai membolehkan kami untuk merangka kerja-kerja kempen di kerusi-kerusi marginal sasaran INVOKE. Dalam beberapa bulan yang akan datang, INVOKE akan terus bekerja untuk mengenal pasti dan mendekati pengundi atas pagar di kerusi-kerusi tersebut melalui aktiviti-aktiviti seperti phonebank, kaji selidik dan culaan. 

Kami sentiasa mengharapkan sokongan orang ramai untuk membolehkan INVOKE Malaysia untuk terus membantu Pakatan Harapan memenangi pilihan raya yang akan datang. Klik link dibawah untuk sumbang kepada INVOKE.

Contribute to INVOKE!

Kalau anda menghadapi apa-apa masalah atau nak tanya sebarang soalan, sila telefon kami di 0192765200 ataupun emel kami di [email protected] 

Share This
%d bloggers like this: