Cerita Mingguan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sila ke bawah untuk Bahasa Inggeris.
This newsletter is written in English and Bahasa Malaysia. Scroll down for English.
 

Salam Volunteer,

MAJLIS DANA TERAKHIR PRU14: KITA SUDAHKAN #PROJEKBUANGNAJIB

Dalam masa 3 minggu dari sekarang, Dato’ Seri Najib dijangka akan membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihanraya dipanggil pada awal Mei.

Kita telah tunggu lama supaya kita boleh sudahkan tanggungjawab ini.

Apabila kami mula-mula menubuhkan INVOKE dua tahun lepas, ada beberapa orang hartawan yang memberi gambaran akan menyumbang untuk membiayai perbelanjaan INVOKE.

Sebab itu, tanpa berfikir panjang, saya telah menggunakan wang sendiri untuk membiayai INVOKE pada mulanya.

Selepas beberapa bulan, wang yang dijanjikan itu tidak datang. Saya pula telah ada 20 orang anak muda yang meletakkan jawatan menyertai INVOKE, kerana mereka percaya mereka boleh membantu usaha membina semula negara.

Pada masa itu, saya telah menghabiskan RM800,000 wang saya sendiri dan saya tidak ada lagi simpanan untuk membiayai INVOKE. Pada ketika itulah, saya buat keputusan saya tiada pilihan kecuali merayu kepada orang ramai untuk menyumbang bagi membantu membiayai kos operasi INVOKE.

Dua tahun kemudian, kita diambang kemenangan.

INVOKE sekarang mempunyai 103 pekerja tetap dan 50 orang pekerja separa tetap yang bertugas sebagai pengurus kempen lapangan di kerusi-kerusi marginal yang ditandingi calon-calon Pakatan Harapan.

INVOKE juga adalah badan kempen sukarela yang terbesar di negara ini dengan kekuatan 25,000 orang sukarelawan setakat ini.

Minggu lepas sahaja, seramai 4,307 orang sukarelawan INVOKE telah berkempen di lapangan di seluruh negara. Ada yang ketuk pintu, ada yang menelefon pengundi atas pagar dan ramai lagi yang mengikuti kursus-kursus untuk menjadi ejen kira undi di seluruh negara.

Kita juga sedang berada di depan dalam pertempuran di sosial media.

Facebook saya, Rafizi Ramli, adalah 3 Facebook teratas di kalangan Facebook yang mempunyai kandungan politik, selalunya mengatasi Facebook Dato’ Seri Najib walaupun mempunyai pengikut dan “likes” yang lebih sedikit.

Sejak minggu lepas, saya menjadi pembaca berita kerana INVOKE telah memulakan berita perdana jam 8 malam yang dinamakan INV8, bertujuan menyediakan berita alternatif yang boleh memecahkan monopoli berita Barisan Nasional sepanjang kempen pilihanraya.

Semasa kami memulakan INVOKE, fokus kami adalah memecahkan monopoli BN dalam 3 perkara: machinery (atau jentera), money (atau wang) dan media.

Insha Allah, INVOKE akan berjaya merekrut 30,000 orang sukarelawan menjelang pilihanraya ini yang akan membantu calon Pakatan Harapan.

Kita juga sedang berada di depan di media sosial kerana kawalan dan penguasaan kita yang lebih baik dari Barisan Nasional di media sosial.

Tetapi semua ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya anda tidak terus menyumbangkan sedikit wang untuk membantu perjuangan ini.

“M” anda, apabila digabungkan dengan dua lagi “M” yang dibangunkan di sini – machinery dan media – sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan jurang untuk kita menewaskan Dato’ Seri Najib dalam pilihanraya ini.

INVOKE perlu membayar gaji kakitangan bagi bulan ini dan ditambah dengan kos operasi bagi bulan April, sebelum pilihanraya dipanggil pada awal Mei. Jumlah dana yang diperlukan bagi tujuan ini dianggarkan sebanyak RM600,000.

Sebab itu, INVOKE akan mengadakan majlis kutipan dana yang terakhir sebelum PRU14 pada hari Sabtu, 14 April 2018 bermula jam 7 malam di IDCC Mall, Shah Alam.

Seperti biasa, kami ada menjual meja. Yang paling mahal adalah RM10,000 setiap meja, atau RM5,000 atau RM3,000 atau RM1,000 setiap meja.

Jika anda datang bersendirian, anda boleh membeli tiket-tiket individu yang berharga RM1,000 setiap tiket, atau RM500, atau RM300, atau RM100 setiap tiket.

Meja adalah terhad. Hanya ada seratus (100) meja RM1,000, enam puluh (60) meja RM3,000, tiga puluh (30) meja RM5,000 dan sepuluh (10) meja RM10,000.

Untuk menempah meja atau tiket, anda boleh menghantar whatsapp atau menelefon Arshad di nombor 013 480 7200 or email kepada [email protected]

Anda juga boleh membeli secara online di eShop INVOKE dengan melayari http://bit.ly/INVOKEDinnner

Kita sekarang berada 7 minggu dari merdeka Malaysia yang baru. Merdeka yang membolehkan kita #BinaSemulaNegara, jom sama-sama jayakan #ProjekBuangNajib

Melaburlah sekarang, ini adalah pelaburan terbaik untuk masa depan anda.

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001

MAJLIS DANA TERAKHIR PRU14: KITA SUDAHKAN #PROJEKBUANGNAJIB

Salam Volunteer

GE14: THE BALL IS IN OUR COURT

In about 3 weeks, Najib is expected to dissolve the Parliament & pave the way for the 14th General Election.

We have been waiting for this for the last 24 months, to finish what we set out to do.

When we set up INVOKE about 2 years ago, a few rich millionaires gave indication that they would fund it. I happily went on to put in my life saving into this venture.

As we went along, the promised fund was not forthcoming. By then, about 20 bring young Malaysians had quit their job and joined INVOKE, encouraged by the promise that they could do their part to rebuild Malaysia.

I had spent RM800,000 of my life saving and could not go any further. I had no choice but to go to the public to ask for contribution.

The rest is history.

INVOKE now employs 103 full time staff and 50 part-time sub-field coordinators whose work on the ground is crucial to help PH candidates win marginal seats all around the country.

INVOKE is the largest voluntary group helping PH candidates on the ground, with a strength of 25,000 volunteers.

Last week, 4,307 INVOKE volunteers were on the ground knocking doors, calling voters and attending PACA training all over the country.

We are also ahead in social media campaigning.

My Facebook, Rafizi Ramli is one of the top 3 most viral Facebook with political contents, often beating Najib’s despite having lower ‘likes’ and ‘followers’.

Since last week, INVOKE had started our daily news at 8pm called INV8, as a medium to break BN media’s propaganda during the campaigning period.

When we started INVOKE, we set out to improve PH’s chance in GE14 by focusing on BN’s 3 monopolies: Machinery, Money and Media.

We are on course to recruit 30,000 volunteers in time for this election.

We are ahead in information dissemination because our grasp and reach at the social media is better.

But all of this is only possible because you have constantly contributed money to our cause.

Your M, together with the other 2 Ms that INVOKE provides – Machinery and Media – will give Najib a run for his RM2.6 bilion money.

INVOKE must pay this month’s salary and another month of operational expenditure in April before the big day in early May. The total fund required for this is estimated around RM600,000.

For that, we are holding a grand final fundraising dinner in Shah Alam on Saturday, 14th April 2018. The dinner is to be held at IDCC Mall, Shah Alam from 7pm to 11pm.

You can buy tables for 10 people at RM10,000 per table, or RM5,000 per table, or RM3,000 per table or RM1,000 per table.

Or if you plan to come individually, you can buy individual tickets at RM1,000 per ticket, or RM500 per ticket, or RM300 per ticket or RM100 per ticket.

Seats are limited. There are only 100 (100) RM1,000 tables, sixty (60) RM3,000 tables, thirty (30) RM5,000 tables and ten (10) RM10,000 tables.

To purchase your tickets, please whatsapp or call Arshad at 013 480 7200 or email to [email protected]

Or you can go into our eShop to buy online, click http://bit.ly/INVOKEDinnner to pay online.

We are about 7 weeks away from a new dawn for Malaysia, one which will rebuild this nation. Let’s finish what we started.

Contribute today, it is the best investment you can make.

Rafizi Ramli
INVOKE Volunteer #00001

INVOKE Malaysia’s Final Fundraising Dinner | GE14: THE BALL IS IN OUR COURT

Kalau anda telah daftar sebagai sukarelawan, boleh tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, canvassing atau sertai latihan PACA. Jangan lupa pula untuk update maklumat anda supaya kami dapat padankan anda dengan aktiviti terdekat anda. Mulakan sekarang! 

If you have registered as a volunteer, please press the button below to start doing phonebank, canvassing, and join in PACA trainings. Don’t forget to update us of your latest information so we can match you to the nearest activity. Click the button below! 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan anda kepada INVOKE akan membantu pasukan kami untuk merekrut dan melatih sukarelawan. Dana yang dikutip membantu kami untuk membeli prepaid top-up bagi aktiviti phonebank yang seterusnya haha. Tidak kisah lah sumbangan anda kecil atau besar, ia akan membantu kami untuk  berkempen ke arah Malaysia yang baru. Tekan butang di bawah!

Your contribution to INVOKE will help enable our teams to recruit and train volunteers. Funds that are collected will buy us prepaid top-ups for the phonebank activity that happens at INVOKESpace and also all other regional offices! (haha) No matter what your contribution is small or large, it will direct Malaysia to a bettter future. Click the button below! 

Sumbang kepada INVOKE!

Kalau ada apa-apa masalah, boleh telefon kami di talian 0192765200 atau emel kami di [email protected].

And if you have any problems/questions, please contact us at 0192765200 or email us at [email protected]

Share This
%d bloggers like this: