The time is now<!–

Cerita Mingguan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sila ke bawah untuk Bahasa Inggeris.
This newsletter is written in English and Bahasa Malaysia. Scroll down for English.
 

Salam Volunteer,

Kita sudah pun sampai ke garisan terakhir berkempen sebelum parlimen dibubarkan. Ramai sukarelawan yang telah mengetuk pintu dan menelefon pengundi atas pagar dengan satu harapan yang setiap orang yang berjaya dihubungi telah pun bersedia untuk mengundi Pakatan Harapan. 

Minggu lepas trak Bina Semula Negara kami jelajahi Kuala Lumpur dan Selangor untuk pastikan kami dapat seramai sukarelawan supaya Polling Agent dan Counting Agent (PACA) cukup untuk pilihanraya akan datang. Setiap saluran di setiap tempat mengundi harus dipenuhi dengan PACA kerana merekalah yang boleh membantah kalau ada salahlaku dalam proses membuang undi. Peranan mereka sangat penting bagi memastikan semua berjalan lancar. 

Kami telah berjaya merekrut 3930 orang sukarelawan berbanding minggu sebelum ni di mana 784 sukarelawan. Sekarang, kami dah ada 25,000 sukarelawan. Kami mencapai nombor ini kerana sudah ramai orang peka dengan perlunya perubahan dan tahniah kepada semua yang berjaya mendaftar. Tapi, daftar saja tak cukup, masa sudah suntuk dan kalau kita tak keluar seramai yang mungkin semua kerja kita di lapangan selama dua tahun ni akan sia-sia saja.

Terus mara ke depan dan login ke volunteer.invokemalaysia.org dan hadir ke aktiviti PACA seterusnya. Kemudian, tekan ‘Attending’ dan sahkan kehadiran anda di latihan PACA sewaktu hadir. Nantikan surat lantikan anda dari YB Rafizi Ramli dan peruntukan kerusi marginal yang anda perlu jaga. 

Perubahan boleh berlaku dengan setiap usaha kita. 
 

<!–


–>

Versi Bahasa Inggeris/English Version

We are already at the finishing line before parliament is dissolved. All of our volunteers have been knocking on doors and calling persuadable voters with the hope that every person is ready to vote for Pakatan Harapan. 

Last week our Bina Semula Negara truck travelled around Kuala Lumpur and Selangor to ensure that as many volunteers become Polling Agent and Counting Agents (PACA) across our marginal seats. Every stream in every polling station has to be filled with PACAs because they are the ones that can object if there is misconduct in the polling or counting process. Their role is so important in making sure that the elections are free and fair. 

We hit a major milestone in which we have recruited 3930 volunteers in comparison to last week where we had only 784 volunteers signed up. Now, we have 25,000 volunteers in total. But we need more. Big numbers are only a success if they can be translated into volunteers coming to the ground and doing the work. We are running out of time. 

Let’s do the best that we can. Login to volunteer.invokemalaysia.org and attend a PACA training near you. Please confirm your attendance while you’re there! Afterwards, you will receive a letter of appointment by YB Rafizi Ramli and be allocated to a marginal seat near you. 

Change is possible with a little bit of your help. 

<!–


–>

Kalau anda telah daftar sebagai sukarelawan, boleh tekan butang di bawah untuk mulakan aktiviti phonebank, canvassing atau sertai latihan PACA. Jangan lupa pula untuk update maklumat anda supaya kami dapat padankan anda dengan aktiviti terdekat anda. Mulakan sekarang! 

If you have registered as a volunteer, please press the button below to start doing phonebank, canvassing, and join in PACA trainings. Don’t forget to update us of your latest information so we can match you to the nearest activity. Click the button below! 

Volunteer INVOKE!

Sumbangan anda kepada INVOKE akan membantu pasukan kami untuk merekrut dan melatih sukarelawan. Dana yang dikutip membantu kami untuk membeli prepaid top-up bagi aktiviti phonebank yang seterusnya haha. Tidak kisah lah sumbangan anda kecil atau besar, ia akan membantu kami untuk  berkempen ke arah Malaysia yang baru. Tekan butang di bawah!

Your contribution to INVOKE will help enable our teams to recruit and train volunteers. Funds that are collected will buy us prepaid top-ups for the phonebank activity that happens at INVOKESpace and also all other regional offices! (haha) No matter what your contribution is small or large, it will direct Malaysia to a bettter future. Click the button below! 

Sumbang kepada INVOKE!

<!–


–>

Kalau ada apa-apa masalah, boleh telefon kami di talian 0192765200 atau emel kami di [email protected].

And if you have any problems/questions, please contact us at 0192765200 or email us at [email protected]

Share This
%d bloggers like this: