OBJEKTIF

INVOKE DIASASKAN OLEH AHLI PARLIMEN PANDAN, RAFIZI RAMLI & DIBIAYAI ORANG RAMAI

INVOKE adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan dibiayai orang ramai. INVOKE memperoleh pendapatan hasil daripada sumbangan, jualan barangan dan perkhidmatan kepada orang ramai.

INVOKE ditubukan untuk menggambungkan segala kepakaran di dalam teknik kempen secara moden di bawah satu bumbung untuk membina satu kempen akar umbi yang menggembleng tenaga rakyat. Kempen akar umbi ini dilengka- pi penggunaan teknologi terkini dalam penyasaran mikro, analisis data dan aplikasi digital.

Dari pengalaman berkhidmat di sektor awam dan swasta, Rafizi menyedari kesukaran untuk mendapatkan tenaga kerja muda yang profesional daripada pelbagai latar belakang untuk meninggalkan kerjaya mereka dan menyertai kempen politik sepenuhmasa.

INVOKE beroperasi sebagai sebuah entiti perniagaan yang memberi ruang anak-anak muda menyumbang kepada proses pembinaan semula negara sambil memajukan kepakaran dan kerjaya masing-masing. Ini membolehkan INVOKE berjaya meyakinkan golongan muda profesioanl Malaysia untuk bercuti dari kerjaya mereka selama bebrapa tahun dan bekerja sepenuh masa untuk membantu calon- calon reformasi PRU14.

INVOKE kini mempunyai 103 kakitangan sepenuh masa yang berkhidmat di ibupejabat. yang berkeluasan 10,000 kaki persegi di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan 16 pejabat lapangan di seluruh negara.

INVOKE membantu calon-calon pro-reformasi daripada Pakatan Harapan yang dijangka akan bertanding di 100+ kerusi marginal parlimen dan negeri yg akan menentukan keputusan PRU14 bagi menawan Putrajaya dan memenangi beberapa negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

SIAPA INVOKE?

STAFF INVOKE
BERCUTI DARI
KERJAYA
MEREKA UNTUK
SETAHUN

INVOKE terdiri daripada anak muda pelbagai bangsa, Pendidikan (dari Universiti terbaik dunia hingga ke SPM) dan kepakaran, yang bercuti dari kerjaya mereka sekurang-kurangnya satu tahun untuk membina satu kempen moden yang ditawarkan secara percuma kepada calon-calon pro-reformasi dalam PRU14.

  • 10 Kreatif
    Bahan kempen, info-video, siaran digital
  • 8 Analitik
    Kajian kecedurangan dan profail pengundi, analisa mesej, analisa tahap sokongan
  • 11 Pembangunan Perisian
    Pembangunan perisian, sistem dan aplikasi
  • 5 Pemasaran Digital
    Pakar media sosial untuk sasaran mikro
  • 4 Kandungan Kempen
    Penulis kandungan kempen dan mesej
  • 30 Penyelaras Kempen
    Juru rekrut dan pengatur kempen di kerusi-kerusi
  • 30 Penganalisa Panggilan
    Penganalisa di pusat telekomunikasi yang menelefon pengundi mengenai tahap sokongan, kajiselidik dan menggerakkan sukarelawan/pengundi
  • 5 Kewangan & Sokongan
    Mengumpul dana, perbekalan dan logistik.

Kami membantu kempen calon-calon pro-reformasi di 100+ Parlimen dan DUN yang dianggap kerusi marginal di seluruh negara.
INVOKE datang dengan kekuatan 23,000+ sukarelawan berdaftar dari seluruh negara yang digerakkan untuk membantu kempen calon- calon yang didokong INVOKE. Klik disini untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

PENGISYTIHARAN HARTA & AKU JANJI

Hanya calon prospektif yang memenuhi pra-syarat boleh memohon untuk bantuan kempen INVOKE.

Calon prospektif perlu:

ISYTIHAR HARTA 
mereka dengan akuan berkanun, menggunakan format perisytiharan terperinci yang ditetapkan oleh INVOKE.

TANDATANGAN KONTRAK PERKHIDMATAN DENGAN INVOKE 
Sebagai pulangan menerima sokongan kempen dari INVOKE, calon bersetuju untuk menegakkan reformasi institusi dan mengusahakan dasar-dasar negara ke arah mendaulatkan kebebasan dan keadilan ke arah membina semula Malaysia.

BERSETUJU (MELALUI KONTRAK PERKHIDMATAN) 
Bahawa sekiranya seorang calon melompat parti selepas memenangi kerusi, beliau perlu membayar RM20 juta kepada sebuah tabung amanah awam yang ditubuhkan oleh INVOKE dalam masa 30 hari.

BERSETUJU DENGAN PEMANTAUAN PRESTASI KHIDMAT 
di Parlimen/DUN dan kawasan mengikut tanda aras yang ditetapkan INVOKE dan akan diumumkan kepada rakyat secara berkala.

Klik disini untuk melihat senarai calon-calon yang membuat pengisytiharan harta.

BINA SEMULA NEGARA

  • KEMPEN LAPANGAN
    Sukarelawan INVOKE akan berjumpa secara bersemuka dari rumah ke rumah atau telefon pengundi atas pagar untuk meyakinkan mereka mengundi PH. INVOKE juga merekrut serta melatih ejen kira undi dan pantau undi (PACA) untuk ditempatkan sebagai wakil di kawasan calon PH bagi menghentikan penipuan dalam pilihanraya.
  • SIARAN DIGITAL
    Capaian dan liputan INVOKE di media sosial adalah antara yang tertinggi di Malaysia, mencecah capaian secara purata sebanyak 5 juta rakyat Malaysia setiap bulan. Dengan teknologi sasaran-mikro yang di sokong oleh analitik data, INVOKE berjaya menghantar mesej kempen terus kepada pengundi atas pagar melalui media sosial.
  • ANALISIS
    INVOKE menggunakan teknologi terkini dan analitik data besar untuk mengemaskini kecendurangan pengundi kepada sesuatu parti. Ini membolehkan kempeh PH mengenal pasti pengundi atas pagar yang mereka perlu yakinkan, dan menympaikan mesej yang betul apabila berkempen dengan kumpulan individu yang berlainan.
  • PENGUMPULAN DANA
    INVOKE membantu calon-calon mengumpul dana dari orang ramai melalui biayaramai (“crowdfunding”). Ini akan membolehkan mereka kekal bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak atau ahli perniagaan yang berkepentingan. Klik disini untuk memberi sumbangan.

Share This