Ejen Tempat Mengundi & Ejen Mengira Undi (PACA)

HENTIKAN PENIPUAN PILIHANRAYA, JADILAH EJEN KIRA UNDI (PACA) HARI INI

Mesej daripada Rafizi Ramli

Minggu lepas, saya berucap untuk kali terakhir di Dewan Rakyat. Saya tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang kerana telah hilang kelayakan akibat hukuman-hukum yang telah dijatuhkan ke atas saya.

Ada yang berasa sedih kerana saya hilang kelayakan bertanding. Saya tidak berasa sedih kerana saya yakin segala laporan dan data menunjukkan PH akan menang dalam pilihanraya kali ini.

Tetapi kita mesti menewaskan penipuan pilihanraya, sekiranya kita mahu membantu PH menang Putrajaya kali ini.

Sebab itu INVOKE memberi tumpuan merekrut dan melatih seberapa ramai sukarelawan untuk menjadi ejen kira undi (PACA) untuk menghentikan penipuan pilihanraya.

Minggu lepas, 722 sukarelawan baru telah mendaftar dan hadir ke kursus PACA untuk menjadi ejen kira undi, tetapi itu tidak mencukupi kerana kita memerlukan 20,000 orang untuk ditempatkan di seluruh negara.

Daftar sekarang menjadi sukarelawan INVOKE untuk menjadi PACA. Bawa sekali keluarga, sahabat handai dan pasangan masing-masing untuk menjadi sukarelawan & PACA.

Jika anda sudah pun menjadi sukarelawan, hadirkan diri ke kursus PACA yang terdekat supaya anda boleh dilantik menjadi PACA dalam pilihanraya ini.

Jadilah PACA untuk menghentikan penipuan pilihanraya. Bersama-sama kita #BinaSemulaNegara

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan perjalanan pilihanraya yang adil dan bebas
  • Memastikan pilihanraya diadakan mengikut lunas undang-undang
  • Memastikan keseluruhan proses pengundian, pengiraan dan menandatangani Borang 14 dilakukan mengikut peraturan – keputusan pengundian tidak termasuk undi pos (dilakukan oleh EMU (CA))

KELAYAKAN MENJADI PACA

  • Rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  • Tidak bankrap
  • Tidak disabitkan kesalahan mahkamah dalam tempoh 5 tahun sebelum
  • Tidak tersabit dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959
  • Tidak ada perintah dibawah seksyen 66 (4) Akta pertubuhan keatasnya.

KEMAHIRAN ETM1 (PA1) / EMU (CA)

  • Usaha dan komitmen untuk mempelajari pengetahuan yang mencukupi untuk bertugas sebagai ETM1 (PA1) / EMU (CA)
  • Berkeupayaan untuk berkerjasama dengan Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan pegawai SPR
  • Mempunyai keberanian untuk mempertahankan undang-undang dan menentang sebarang perkara yang melanggar undang-undang pilihanraya.

TUGASAN DILUAR KAWASAN

Tipu helah akan paling berleluasa dalam saingan untuk kerusi-kerusi marginal. Untuk memenangi Putrajaya, kami memerlukan PACA yang secukupnya dikawasan-kawasan tersebut. Walaupun kawasan-kawasan ini mungkin tidak berdekatan dengan anda, tetapi tugasan PACA di kawasan-kawasan inilah yang paling mustahak untuk mengurangkan keberkesanan tipu helah secara drastik.

PORTAL SUKARELAWAN INVOKE

  • Daftar sebagai PACA
  • Log masuk untuk melihat jadual latihan PACA dan menghadiri latihan secepatnya
  • Akses bahan latihan PACA

BELI BUKU PANDUAN PACA

Beli Buku Panduan PACA untuk mengetahui lebih lagi tentang PACA

HUBUNGI

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di email [email protected] atau telefon di nombor +6019 276 5200.

Share This