RAFIZI DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA
3 TAHUN

Salam sahabat
 
Saya telah didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan rahsia 1MDB. Hukuman saya penjara selama 18 bulan bagi setiap pertuduhan, berjalan serentak, dengan jumlah 3 tahun.
 
Jangan berduka atau marah. Saya sedikit pun tidak ada rasa kesal. Jiwa yang paling aman ialah jiwa yang tetap kekal pada jalan yang benar.
 
Setiap institusi yang diamanahkan mentadbir negara ini secara adil telah dicacatkan. Satu-satunya cara untuk mengubah ini dan menjadikan Malaysia tanahair yang masa depannya cerah ialah dengan setiap dari kita memainkan peranan masing-masing.
 
Sejak 6 bulan lepas, saya telah merancang dan melengkapkan INVOKE kerana saya tahu saya mungkin dihalang dari menyertai PRU14.
 
Jika anda sampai di invokemalaysia.org kerana anda baru mendapat tahu hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap saya, saya berterima kasih.
 
Marilah sertai saya untuk mengubah Malaysia.
 
Sertai INVOKE sebagai sukarelawan, klik di sini
 
Beri sumbangan kepada INVOKE supaya dengan dana yang lebih, lebih rancak INVOKE membantu calon dan petugas akar umbi berkempen di kerusi-kerusi marginal, klik di sini untuk memberi sumbangan.
 
Terima kasih dan #lawantetaplawan.
 
Rafizi Ramli

Share This